BERNAMA – Jawatan Kosong (Wartawan)

Tak banyak masa hari ini, saya salin-tampal sahaja ya.

Selamat mencuba!

Bernama Logo

JAWATAN KOSONG

BERNAMA, agensi berita nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PEGAWAI BERITA [a.k.a Wartawan]

Kelayakan:

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau setaraf dengannya;
  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
  • Mempunyai kemahiran yang baik di dalam penulisan dan pertuturan Bahasa Malaysia dan Inggeris;
  • Mempunyai pengalaman di dalam bidang kewartawanan sebagai satu kelebihan.

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap (resume) dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil), pengalaman bekerja, gaji sekarang dan gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan Kad Pengenalan pada atau sebelum Jumaat, 25 September 2015 ke alamat berikut:

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 13 Wisma BERNAMA
No, 28 Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

 

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

– – –

Ali Imran

Wartawan Awam

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s