[MBM] Rindu siri MBM (Mitos Bisnes-Media) ?

[MBM] Rindu siri MBM (Mitos Bisnes-Media) ?
– – –

image

Saya juga.

Tapi biarkan saya siap tulis skrip untuk jurnal di  Bernama TV dahulu.

Its my first time, I got to take extra effort to understand the system, style and content presentation method.

My biggest love is still writing feature stories, but being given chance to do this just allow me to enhance my skills.

One word – Cool!

Tentang siri MBM, Isnin depan kita bertemu kembali ya.

Mitos #3: Aku Terkenal

Jumpa lagi,

Ali Imran
wartawanawam.com

Advertisement

Asas PR – Jangan Tipu!

ASAS PR – JANGAN TIPU

Some said, this is easier said than done.

For me, tell the truth, though it hurts.

Berkecimpung dalam bidang kewartawanan selama lima tahun mengajar saya tentang beza pengurusan berita organisasi antara yang baik dan yang gagal.

Imej organisasi adalah sesuatu yang mahal. It must be earned, cannot be bought.

Bila bercakap tentang imej organisasi, kita bukan cakap tentang CEO, Presiden, pekerja atau produk.

Its is more than that.

It is much bigger than that.

Company/organisation image comprises everthing about the whole system that runs it alive.

Daripada kualiti modal insan, sampailah ke rupa tong sampah yang diguna dalam pejabat.

+ + +

A. Sebab Menipu

Pada sesetengah organisasi, menipu adalah satu cara pilihan untuk mengatasi masalah, atas alasan menjaga air muka dan nama baik organisasi.

Mungkin cara ini berkesan pada zaman purba tapi hari ini, masyarakat dah pandai. Berita tersebar dengan cepat.

Jadi daripada anda menipu atau cuba menipu, fikir baik-baik. Kalaulah tindakan ini ‘kantoi’ apakah anda sanggup tanggung akibatnya.

Segala yang anda bina, sekejap sahaja boleh hilang.

+ + +

B. Apa nak buat?

Step 1: Admit the issue.

Step 2: Explain

a. Why/ How it happened?
b. Action taken for the time being
c. Your future action concering all related parties

Mudah, kan?

+ + +

C. Kebaikan Bercakap Benar

Imej – Memang imej syarikat akan sedikit tercalar tapi dalam masa sama ia akan ‘dibayar’ semula dengan kepercayaan yang lebih tinggi terhadap organisasi.

Memang akan ada yang tidak puas hati tapi itu adalah fitrah. Yang penting secara legal dan moral anda telah laksanakan tugas memberitahu tentang sesuatu kejadian dengan setelusnya.

Kalau ada maklumat yang masih belum boleh diumumkan, beritahu. Sebut “kami sedang meneliti maklumat tentang bla..bla..bla.. dan akan menyampaikannya sebaik ia disahkan”.

Begitulah.

Sampai jumpa lagi.

Ali Imran
wartawanawam.com

– – –
Sertai komuniti Wartawan Awam di link ini: http://goo.gl/forms/qncTdF0Gi0
– – –


Wartawan Awam
This email was sent to {$email} | Unsubscribe | Forward this email to a friend
Powered by MailerLite

HELIKOPTER HILANG – MIMPI BURUK PR

HELIKOPTER HILANG – MIMPI BURUK PR
= = =

Crisis management – mimpi buruk mana-mana Public Relations Officer dan Public Relations Agency.

Lihat sahaja kes seperti kes kapal MISC dirampas, MH370 hilang dan MH17 terhempas…pernahkah kita fikir, siapa yang jadi tulang belakang menguruskan kes-kes ini?

Sebaik sahaja khabar angin mula bertiup, bagi PRO — there goes your days and nights.

Bila ada kejadian yang melibatkan kecelakaan, kecederaan dan mungkin kematian – pengurusan maklumat kepada media mainkan peranan penting.

Dua masalah utama adalah:

Masalah 1: Maklumat tentang kejadian

Hal ini memerlukan koordinasi dengan pelbagai pihak yang terlibat seperti agensi penguat kuasa, search and rescue, internal-departmental communiation dan banyak lagi pihak lain.

Bukan senang. Bahasa tepat — SUMPAH SUSAH!

Ya lah, kadang-kadang ada maklumat bercanggah. Bomba kata lain, polis kata lain, JPAM kata lain.

Tak masuk lagi ground operation. Lain agensi, lain cara kerjanya. Lain kerjanya juga.

Kita yang PR ini, memang nak kena hadap ajalah segala benda yang kita pun baru nak belajar tapi dah kena tunjuk macam kita pakar.

Jadi segala maklumat ini, kita kena bawa pada ketua operasi. Biasanya pihak berkuasa yang akan tentukan sesuai dengan jenis kejadian.

Maklumat inilah yang kita nak bawa ke pihak ketiga, yang saya akan hurai di bawah.

Masalah 2: Communicating the information

Inilah yang MAHA SUSAH.

Ada dua audien yang laparkan maklumat kejadian.

a. Internal

Audien internal terdiri daripada the main stakeholder. Board of Directors, major shareholders, top tier management dalam syarikat/firma/kementerian mesti tahu maklumat tepat.

Ia akan memberi impak kepada langkah seterusnya yang bakal diambil.

Boleh jadi, perlu ada pemangku sementara jawatan melibatkan mangsa kejadian.

Boleh jadi, penangguhan keputusan-keputusan besar syarikat.

Boleh jadi, melibatkan tindakan yang akan diambil melibatkan ahli keluarga mangsa kejadian.

Boleh jadi macam-macam.

Dan satu keputusan yang penting adalah — semua ini akan perlu disampaikan kepada audien eksternal.

Ia perlu distrategikan sebaiknya agar dapat melancarkan operasi menyelamat yang dijalankan, mengelakkan salah faham dan menghindar fitnah.

b. Eksternal

Audien eksternal adalah masyatakat umum.

Agensi/Rumah Berita termasuk dalam golongan ini.

Sebagai sebuah organisasi, setiap maklumat yang nak disampaikan kepada umum perlu distrategikan sebaiknya.

Ada masa, kita memang ada maklumat, tapi ia belum sesuai disampaikan. Dan ia perlu disampaikan secara bertahap.

Public outrcy memang masalah besar hari ini. Dengan kemajuan media sosial, semua orang tiba-tiba jadi pakar.

Ramai juga yang cakap, macamlah dia ada di tempat kejadian.

Memang pada waktu ini, semua orang akan buat gaya macam dialah yang paling berhak untuk dapatkan maklumat TERKINI, LENGKAP dan TANPA TAPISAN daripada pihak bertanggung jawab.

Kadang-kadang saudara mara (entah betul entah tak) yang 10, 15 tahun tak bertegur sapa pun buat ‘hingaq’ macam dialah yang paling akrab dengan mangsa.

PR faham situasi itu tapi mereka juga ada perkara yang perlu didahulukan. Beri mereka sedikit ruang untuk buat kerja ya.

Dan paling celaka (use of this word was on purpose) yang buat ‘pendedahan’, ‘cerita sebenar’ dan teori konspirasi.

Perihal orang kutuk-mengutuk, mengatakan padan muka, kaitkan dengan politik – – itu memang tak boleh nak elak.

Negara ini memang dah rosakkan rakyatnya sendiri dengan agenda politik melampau sampai kasut hilang kat masjid pun nak dipolitikkan. Ini satu lagi jenis ‘mangkaq’ punya orang.

Ok back to the topic.

Kami para wartawan sedar akan strategi ini. Jadi sebab itulah kami akan gunakan sehabisnya sesi soal jawab untuk korek segala maklumat yang PR department sorokkan.

Nak atau tidak, anda kena sediakan jawapan. Di sinilah pentingnya spokesperson yang betul diletakkan di sidang media.

Setakat ini, pada saya – crisis spokesperson yang baik adalah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, waktu beliau uruskan MH370.

You require people that is not only able to read the statement and answer the question but someone that have the courage to hit back should someone ask nasty questions.

Thats the benchmark.

– – –

Jadi apa yang sebenarnya yang kita boleh faham?

1. Crisis Management is a job from hell.

2. Sebagai PR – kena pandai menyusun strategi untuk menyalurkan maklumat yang ada di tangan.

3. Masyarakat perlu faham yang mereka hanyalah pihak terakhir dalam perkongisan maklumat krisis – your concern is appreciated but you are not the direct stakeholder impacted.

– – –

Sekian dahulu. Semoga bermanfaat

.

Ali Imran
wartawanawam.com

– – –
Sertai komuniti Wartawan Awam di link ini: http://goo.gl/forms/qncTdF0Gi0
– – –


Wartawan Awam
This email was sent to {$email} | Unsubscribe | Forward this email to a friend
Powered by MailerLite

10 Soalan Sesi Meet & Greet

10 Soalan Sesi Meet & Greet
=======================

Hujung minggu ini, peluang terakhir para pempamer di #PBAKL untuk mengharapkan magis jualan selepas 7 hari yang mandom.

Sesi meet & greet penulis-pembaca juga memainkan peranan sebagai crowd puller dan close sale.

Kadang-kadang kasihan tengok penulis pegang mikrofon tapi lidah kelu tak tahu nak kata apa, jadi saya cadangkan 10 soalan yang boleh diguna agar memberi sedikit kerancakan pada sesi.

A. BIOGRAFI PENULIS
– – –
(Terutama bagi penulis baharu, tujuan soalan ini adalah untuk bina chemistry dengan crowd dan bagi penulis hilang gabra)

1. Boleh ceritakan latar belakang encik/puan?
2. Apa kerjaya sekarang?

B. HAL BUKU
– – –
3. Apa buku yang nak diperkenalkan hari ini?

4. Boleh kongsikan, buku ini tentang apa?

5. Siapa sesuai baca buku ini?

C. HAL PENULISAN
– – –
6. Apa yang mendorong encik/ puan menulis buku ini?

7. Berapa lama masa diambil untuk menulis?

8. Apa cabaran yang dihadapi semasa menulis buku ini?

9. Dalam buku ini, pada bab ## bertajuk $$$ bunyinya macam menarik, boleh kongsikan sedikit ianya tentang apa?
(Moderator boleh ulang-ulang soalan ini untuk beberapa bab selagi penulis belum buat muka nak bagi penumbuk, haha)

D. ELEMENT OF SURPRISE
– – –
10. Apa kelebihan beli buku ini pada hari ini di sini?
(Biasa kita jawab dengan jumlah diskaun dan peluang dapatkan tanda tangan penulis)
hadiah tambahan)

[BONUS] 11. Dengar kata ada demonstrasi khusus untuk pengunjung pesta buku hari ini, apakah ia?

+ + +

Sesuaikanlah ayat-ayat soalan di atas dengan house style rumah penerbitan anda. Yang formal dengan cara formal, yang rock dengan cara rokers.

Habis semua seluruh set, beri masa cool off kepada penulis dalam 5 – 10 minit, kemudian kalau masih perlu, boleh ulang semula seluruh atau sebahagian penting set soalan.

Antara bahagian A, B, C dan D — Moderator guna peluang untuk war-warkan lokasi reruai tempat berlangsungnya acara, dan tempat boleh beli buku.

Ia akan beri penulis sedikit masa bernafas.

Ok setakat ini dahulu. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Suka post ini, SHARE it!

Sekian.

Ali Imran
wartawanawam.com

PENULIS JUAL DIRI

PENULIS JUAL DIRI
================
Sabtu dan Ahad lalu saya meluangkan masa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
 
Trend yang sangat menarik saya perhatikan adalah, boleh dikatakan semua reruai yang saya pergi ada sesi ‘meet and greet’ bersama penulis. Biasanya sesi ini makan masa sejam.
 
Kebanyakan booth menyediakan mikrofon, jadi penulis perlulah mengomel panjang tentang diri dan bukunya.
 
Ada juga yang bernasib baik, ada moderator seperti di Sofa Putih ITBM.
 
Bagaimana seseorang penulis atau sesebuah rumah penerbitan boleh memanfaatkan situasi ini lebih daripada sekadar sesi B2C?
 
Sediakanlah ‘Kit Media’ untuk produk-produk anda.
 
Sesuai dengan kemeriahan industri perbukuan, ada penulis yang telah bekerjasama dengan pelbagai rumah penerbitan.
 
Kawan saya mengadu, waktu dia buat promosi di booth rumah penerbitan A, orang datang tanya tentang bukunya yang diterbit di rumah penerbitan B. Kan dah pening kepala…
 
Nama penulis itu sendiri adalah satu jenama, jadi saya suka nak cadangkan pada para penulis untuk adakan satu ‘kit media’ merangkap ‘flyers’ tentang dirinya sendiri.
 
Pendek kata, juallah diri anda.
 
Masukkan terus butiran semua buku yang telah ditulis dan di mana peminatnya boleh dapatkan buku-buku itu.
 
Kalau nak lagi gempak, buat one or two page-press release. Mana tahu ada wartawan datang dan minat nak buat story, kan senang.
 
Untuk rumah penerbitan, saya berpendapat sudah tiba masanya untuk anda ada Media Kit setiap kali sertai pesta buku.
 
Isilah ia dengan press release, company fact sheet dan CD yang mengandungi beberapa keping gambar yang sesuai, jadi bila ada wartawan datang, anda dah tak kelam kabut.
 
MESEJ TERPENTING yang saya nak sampaikan ialah ini — tak kiralah bisnes anda besar mana atau kecil mana, anda perlu bersedia dengan kit untuk menghadapi pihak media.
 
Penulis, kalau ingin menjadi besar, harus bersedia. Walaupun dari satu sudut pandang, apalah sangat penulis novel kalau nak dibanding dengan CEO sebuah MNC.
 
Rumah penerbitan, mungkin rasa dia kecil. Judul buku pun baru ada 5, tapi dia tak sedar tahun depan boleh jadi judulnya jadi 50. Inilah masa nak belajar cara bawa diri, ke depan nanti jadi senang.
 
– – –
Baiklah, kita jumpa lagi lain kali. Sedang gigih nak habiskan baca ‘Lemoi’ terbitan Studio Anai-anai.
 
Review awal – buku ini termasuk kategori ‘Maha Best’
 
WIN_20160503_11_13_51_Pro
Sekian,
Ali Imran
 
– – –
Sertai komuniti Wartawan Awam di link ini: http://goo.gl/forms/qncTdF0Gi0
– – –