CHECKLIST UNTUK WARTAWAN – 10 PERKARA UNTUK HADIRI PERHIMPUNAN BERSIH

11800628_10207143266809882_2420593362412104278_n

Perhimpunan Bersih 4.0 akan berlangsung hujung minggu ini.

Saya punya pendapat saya sendiri berkenaan hal ini. Dan di saat saya fikir mahu diam sahaja dan lihat apa yang akan berlaku, saya rasa terpanggil untuk berkongsi beberapa tips buat sesiapa yang akan turun ke jalanan atas apa sahaja tujuan.

Saya yakin, ramai yang akan turun kali ini, di samping mahu meluahkan hasrat dan pendapat yang terbuku di hati, ada juga niat mahu merakamkan detik-detik sepanjang acara berlangsung.

Realitinya, di sebalik usaha berhimpun secara aman, sejarah membuktikan ia tidaklah jadi seaman yang diharapkan. Tak kisahlah apa yang menyebabkan kekacauan, yang penting situasi luar jangka boleh berlaku.

Apa yang paling penting, ramai yang bakal memainkan peranan sebagai ‘Wartawan Awam’ kali ini.

Oleh itu, izinkan saya kongsi 10 perkara yang saya fikir penting sempat saya fikir pagi tadi.

Semoga bermanfaat untuk semua.

– – –

1. KAMERA + SELFIE STICK/MONOPOD

Mudah cakap, saya akan cuba elak daripada bawa DSLR. Pilihan saya setakat ini ialah kamera kompak tahan lasak (kalis air, tahan hentakan).

SportsCam? Saya tak pernah memiliki kamera seperti GoPro, Sj5000 atau Sony FDR series dan belum punya pengetahuan untuk komen tentangnya.

Tapi satu perkara yang saya kurang minat dengan SportsCam adalah, untuk sesetengah model, ia tiada skrin LCD (apatah lagi viewfinder) jadi waktu nak ambil gambar jadi ralat sikit sebab kena lihat pada gajet lain seperti smartphone atau mobile remote control, in which the same feature dah ada dalam model-model baru kamera lasak.
*Mohon komentar yang lebih pakar untuk betulkan jika ada kesilapan fakta

Saya amat menggalakkan anda bawa selfie stick/monopod. Amat berguna untuk ambil gambar dari angle tinggi, sukar dan amat penting waktu mengambil video — kalau harapkan tangan kita sahaja, kemungkinan besar rakaman bergetar/bergegar. Sayang.

Kamera saya? Olympus TG860.

2. BUKU NOTA

Pilih yang ring binding, bukan jenis yang macam buku sekolah.

Jika dapat yang kulit keras, lagi bagus. Ia melindungi buku, sekali gus jadi pelapik sewaktu menulis.

3. PEN

Multi color (yang jenis satu batang ada 4 warna)

Mata 0.7 (kegemaran saya sebab makan ruang kecil waktu menulis di buku nota yang sedia kecil)

Minima 3 batang. Diletak di tempat-tempat berasingan.

4. VOICE RECORDER

Anda boleh gunanya untuk rakam ucapan/percakapan orang lain

Tapi yang lebih penting, anda rakam perjalanan babak-babak perjalanan anda sendiri. Nak tulis di buku nota mungkin tak sempat.

 photo photo183369067903691097_zpspqkqoqlv.jpg

5. TELEFON PINTAR (DAN POWERBANK)

Sengaja saya letak telefon pintar di kedudukan selepas kamera, buku nota, pen dan voice recorder.

Jika anda ada telefon pintar, item 1 hingga 4, semuanya boleh dilakukan menggunakan telefon pintar.

Yang paling penting, ia membolehkan anda buat perkongsian secara terus kepada audien (office HQ, blog, social media, dll) dengan syarat ada liputan. (Kadang-kadang bila dah ramai sangat orang, line jadi sesak, kemudian orang sangka ada pihak yang ‘jam’kan line.

Saya cadang, para pengguna telefon pintar lebihkan mengambil video berbanding still picture. Dengan teknologi apps yang ada, anda boleh rakam, terus edit dan upload it.

TAPI, satu amaran ialah — pengalaman mengguna telefon pintar tak selalunya indah.

Tiga cabaran terbesar pengguna telefon pintar adalah

a. Tiada liputan (dah sebut tadi)
b. Tidak kalis air/hentakan – kalau cuaca hujan, mahupun jika anda dihujani water cannon – jenuh nak jaga telefon (apatah lagi kamera DSLR).
c. Bateri! Ya, bila banyak ambil gambar dan sebagainya, bateri cepat habis. Telefon canggih zaman sekarang pula, banyak yang built-in battery, jadi kita tak boleh nak ganti dengan bateri spare. Kalau ada power bank pun, lambat nak caj.

6. BEG KALIS AIR

Tak perlu nak ulas. Anda faham sendiri keperluannya.

Paling afdhal, guna dry bag terus.

7. SUMBER TENGA DAN PERTOLONGAN CEMAS

Bawa sedikit bekalan makan seperti coklat, roti atau biskut.

Jangan lupa juga, air mineral dalam 500ml

Bawalah beberapa keping plaster dan beberapa biji Panadol ActiveFast, manalah tahu perlu.

8. DOKUMEN DIRI

Jika anda pengamal media – JANGAN LUPA KAD PERAKUAN MEDIA

Buat bukan pengamal media tapi mewakili mana-mana pertubuhan – Bawa kad keahlian anda

Jika anda bukan dari kedua-dua golongan di atas — KAD PENGENALAN wajib ada. (Ye lah, bukan tak pernah jadi ada demo yang pakai baju cantik, nampak ramai tapi semua made in Bangladesh, kan?)

9. KAD ‘IN CASE OF EMERGENCY’

Untuk semua yang hadir, terutamanya ketiga-tiga golongan dalam item (8), saya seru sangat-sangat, tolong sediakan satu kad, tulis sendiri pun tak apa, kalau boleh, laminate ia dan simpan bersama kad pengenalan dan kad perakuan media:

Namanya kad ‘In Case Of Emergency’

Tiru ayat ini jika anda tak ada idea nak buat ayat sendiri:

‘Di waktu kecemasan, mohon hubungi _____(isikan nama)________, no telefon ____(isikan)____. Penama adalah ___(isikan hubungan penama dengan anda)____ saya.’

10. PAKAIAN

Pakailah pakaian yang selesa. Kain cotton atau dry fit pilihan saya. Seluar jeans, kasut sukan.

Jika anda mewakili organisasi berita, ada baiknya jika pakaian anda ada lambang syarikat (Masalahnya ialah — this makes you an easy target jika ada yang nak buat hal, tapi dalam masa yang sama, pihak berkuasa/ orang ramai akan lebih mudah nak bantu anda jika ada sebarang masalah timbul)

Jika anda bawa banyak gajet, jaket jurugambar/ some calls it fisherman’s jacket akan jadi amat berguna.

Bawa sehelai baju gantian. Manalah tahu kalau-kalau dibasahi water cannon, dihujani tear gas, colour bomb, atau yang seangkatan dengannya.

– – –

Nasihat akhir:

The power is in your hand. Dengan segala alatan dan kemudahan yang ada, anda boleh pilih untuk membuat liputan mengikut apa yang anda suka.

Ini bererti, jika anda memilih mencari hal yang buruk-buruk, maka yang buruklah anda dapat.

Jika cari perkara-perkara baik, maka pasti akan berjumpa juga.

Sebelum menerbit sesuatu cerita, fikirlah sedalam-dalamnya. Apa baik buruk tindakan kita itu.

Sekian.

Ali Imran
Wartawan Awam

Nota:

1.Hak Cipta Terpelihara Ali Imran Mohd Noordin. Penggunaan semula bahan-bahan dalam blog ini dengan apa jua cara perlu mendapat kebenaran bertulis penulis yang boleh dihubungi di aliimran.mn@gmail.com.

2. Pengisian dalam blog ini adalah pendapat penulis semata-mata. Tidak ada kaitan dengan mana-mana ‘school of thought’ atau dengan erti kata lain, ‘mazhab’ penulisan yang diamalkan oleh mana-mana agensi dan syarikat berita. Pun begitu, Penulis dididik oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan ini memungkinkan ada bahan yang ditulis merujuk kepada teknik yang diguna agensi berita rasmi negara Malaysia itu.

Kredit Gambar
– Poster Bersih: FB Froup Bersih 4.0

Advertisement

TIPS KENAL SCREENSHOT BOHONG

Daim_AstroAwani

Saya dihubungi rakan, menanyakan kesahihan screenshot ini.

Terbitan Astro Awani, kononnya.

Tak sampai 5 saat pandang gambar, saya fatwakan pada rakan.

“Sah, berita bohong”

“Ejaan bankrap pun salah, ada hati nak buat fitnah,” sambung saya.

– – –

Saya senaraikan, antara perkara yang suka saya perhatikan bila saya dapat screenshot yang ‘nampak serupa tapi bukan dia’.

a. Nama organisasi – Mungkin ia screenshot yang betul, dari akaun yang ‘betul’ tapi rupanya ia adalah akaun fb rekaan, menggunakan nama betul. Kalau nasib kita baik, dapat kesan salah ejaan pada nama organisasi.

Tapi zaman sekarang ini, penipu makin pandai. Guna ejaan nama sama, DP sama, tapi bukan dia.

b. Ejaan – Pada status yang ditulis, kalau ejaannya salah jaga-jaga. Mungkin si penipu tak sempat nak buat spell check.

c. FoRMAttiNg –  Disertakan contoh formatting yang hampir 100% sah menipu. Mungkin si penipu upah budak sekolah yang hanya tahu tulis ‘aq ske kat ko kowt, cyunk mucuk fucuk’.

d. Kualiti gambar – Biasa kalau menipu ni, editing gambar adalah kantoi kat mana-mana.

e. Periksa semula dengan akaun asal – Jika segala a, b, c, d telah anda perhatikan dan semuanya kelihatan benar dan sohih la khotoq, maka wajarlah anda membuat siasatan semula ke akaun asal atau ke laman asal ‘sumber’ screenshot itu.

Arakian jika tidak berjumpa, dan tidak pula ada permohonan maaf  mahupun orang ramai menyatakan ketidak puashatian kerana status sudah dipadam, maka saya kata, it is safe to conclude that the screenshot is fake.

– – –

Sahabatku sekalian,

Dalam dunia yang penuh pembohongan ini,

Kita tidak ada pilihan lain,

Kecuali untuk belajar ‘self-censorship’.

Sebelum tekan butang ‘share’,

Atau sebelum mula komen caci maki gaya bebas,

Take a moment and ponder.

Take a deep thought on the material you are having in front of your eyes.

Could it be true?

Or could it be too good to be true?
– – –

Dahulu, politik hanya dimainkan dengan cara sebaran ‘hate speech’.

Hari ini, it is the play of ‘creating hatred’.

Be careful.

Don’t fall as victim.
– – –

Ali Imran​
Wartawan Awam