Jawatan Kosong di Bernama – Pegawai Tadbir, Penyelia Kenderaan

[Quoted from Bernama website]

JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam iklan ini.

1. PEGAWAI TADBIR GRED N52

BERNAMA, agensi berita nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PEGAWAI TADBIR GRED N52

KELAYAKAN:

  • Terbuka kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan/Negeri dan Badan-badan Berkanun Persekutuan/Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan atau sektor swasta;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan
  • Memiliki pengalaman selama sepuluh (10) tahun dalam bidang pengurusan;
  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang baik.

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil kelayakan akademik), pengalaman bekerja, gaji yang diterima sekarang serta gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan sijil-sijil yang berkaitan pada atau sebelum 7 Ogos 2015 ke alamat berikut:

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 13 Wisma BERNAMA
No, 28 Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

 

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

2. PENYELIA KENDERAAN

BERNAMA, Agensi Berita Nasional Malaysia dan peneraju dalam perkhidmatan berita dan maklumat mempelawa calon warganegara Malaysia yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

PENYELIA KENDERAAN

Kelayakan:

  • Berumur tidak kurang dari 40 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurangnya pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
  • Mempunyai ciri-ciri kepimpinan;
  • Berpengalaman dalam bidang penyeliaan sekurang-kurangnya 3 tahun;
  • Boleh berkomunikasi, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik;
  • Bekas anggota Polis dan Tentera adalah digalakkan memohon.

Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyatakan butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sila sertakan salinan sijil kelayakan akademik), pengalaman bekerja, gaji yang diterima sekarang serta gaji yang dipohon, nombor telefon yang boleh dihubungi, gambar berukuran pasport dan salinan sijil-sijil yang berkaitan pada atau sebelum 7 Ogos 2015 ke alamat berikut:

Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Tingkat 13, Wisma BERNAMA
No. 28 Jalan 1/65A
Off Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)

 

Semoga Berjaya!

 

Ali Imran

Wartawan Awam

 

Peluang Kerjaya Di Kumpulan Karangkraf

karangkraf

Atas kekangan ekonomi, banyak syarikat mengurangkan tenaga kerja. Akibatnya ramai yang hilang pekerjaan.

Namun Kumpulan Media Karangkraf sebuah organisasi percetakan, penerbitan akhbar, majalah dan buku secara fizikal dan digital terus berkembang pesat.

Mari cuba peluang anda bersama kami. Mohon sebarkan, kita berbahagi rezeki bersama. InsyaAllah.

* Hantar resume dan pertanyaan ke emel yang tertera pada poster ini.

[Teks di atas saya salin dari status Facebook Puan Sri Diah]

Ini pula input dari saya:

Amaran keras — Kegagalan memahami arahan di atas mungkin menyebabkan anda terlepas peluang ini kerana jika anda hantar maklumat kepada saya, saya TIDAK AKAN meng-redirect ia kepada pasukan Karangkraf.

 

Sekian, selamat berjaya.

 

Ali Imran

Wartawan Awam

Panduan Menjawab Soalan Berkaitan Isu Semasa Buat Para Wartawan

Salam Sejahtera,

Kehidupan sebagai wartawan, tak jauh sama besar tanggung jawabnya berbanding kerjaya-kerjaya besar yang lain seperti doktor, peguam, dan akauntan.

Ini kerana bila ada yang soal kepada kita, “kau wartawan, mesti kau tahu cerita,”

Sebenarnya mereka mengharapkan jawapan daripada kita untuk membolehkan mereka mengambil ‘stand’ atau pendirian berkenaan isu itu.

Inilah peluang kita untuk menyemai benih kebaikan. Peluang untuk menyatakan sesuatu yang sesuai dengan landasan kebenaran.

Saya secara peribadi memilih untuk mengamankan keadaan berbanding mencurah minyak.

Ini kerana, saya tidak terlibat secara langsung berkaitan kes-kes yang dipersoalkan.

Prinsip yang saya pegang adalah berpaksi ayat Quran, surah Al- Isra ayat 36 yang mana Tuhan menegah manusia berbuat sesuatu sekiranya mereka tidak ada pengetahuan mengenai sesuatu hal.

Pengetahuan saya berkenaan sesuatu isu itu juga banyak bergantung kepada bacaan-bacaan berkaitan isu tersebut.

Jadi, info yang saya ada, saya proses dan pakejkan dari angle (sudut pandang) yang berkonotasi positif.

Sudah terlalu banyak keburukan ditanam dalam benak pemikiran warga Malaysia, ini masa untuk jadikan pemikiran mereka fitrah, bersih kembali.

Lagipun,

Sedar atau tidak, dalam kebanyakan kes yang dibangkitkan, ia masih dalam siasatan atau fakta yang tidak jelas.

Jadi kenapa kita pula yang nak lebih sudu daripada kuah?

Nota – Panduan ini juga boleh digunakan untuk sesiapa yang rasa perlu menggunakannya.

Nota 2 – Jawapan yang disenarai, banyak bersifat play safe, dengan harapan tidak lagi menyemarak rasa benci tak bertempat. Yang lebih penting ialah untuk mengajak mereka berfikir.

Kiranya anda yakin benar dengan fakta yang ada dalam benak otak anda, silakanlah teruskan dengan kebenaran anda itu.

Jadi, disenaraikan di bawah, isu dan (cadangan) jawapan. Boleh disesuaikan dengan pengetahuan bersifat fakta dalam otak para wartawan sekalian.

1. 1MDB – Tanah

Satu kerugian besar kepada negara bila tanah milik Tabung Haji di TRX, yang lokasinya hanya beberapa ratus meter daripada ibu pejabat Tabung Haji terlepas ke tangan entiti luar negara.

2. 1MDB – 42 Bilion, Jho Low, Petro Saudi

Betul, ramai yang persoalkan hal ini. Sampai Mahathir pun marah. Betullah, siapa yang tak marah kalau duit hilang? Baru hilang RM 42 pun boleh buat soru miss, inikan pula 42 billion?

Tetapi, di sebalik segala kemarahan,

PAC yang ditugaskan menyiasat hal ini, dianggotai pelbagai pihak termasuk pemimpin parti-parti mewakili kerajaan dan pembangkang telah mengeluarkan kenyataan baru-baru ini bahawa tiada sebarang hal pelik atau sangsi berkaitan hal kewangan syarikat ini.

Kalau kenyataan ini palsu, tertunggu juga Tony Pua dedahkan di mana palsunya.

Tambahan pula,

Ada sesiapa yang pernah baca sendiri laman Sarawak Report, yang dipuja, diangkat dan digelar hero sebagai ‘whistle blower’ isu ini?

3. Duit Masuk Akaun Najib

Boleh jadi ya, boleh jadi tidak. Siasatan sedang berjalan.

Cuba kita fikir sebentar, jika betul terbukti dakwaan itu palsu, apa kita nak buat?

4. Low Yat – Gaduh Kaum

Kebenaran belum diketahui. Ceritanya juga berbolak balik. Mula-mula kata budak Melayu curi, kemudian tak, kemudian IGP kata curi, kemudian peguam OKT dakwa kenyataan IGP tipu.

Sedangkan kenyataan IGP pun dipersoal, siapa laginyang mungkin lebih tahu butiran sebenar hal ini?

Video tersebar di laman sosial, banyaknya yang saya lihat, sudah diedit untuk memberat sebelah.

Geng yang gaduh itu, kita kasihan kerana mereka juga belum tahu apa yang sebenarnya berlaku, tapi sudah membuat tindakan.

5. Mahathir

Hari ini ramai yang tak suka Najib, jadi mereka mengharapkan tempat bergantung. Mahathir ada track record lebih baik buat masa ini berbanding Najib, jadi orang bergantunglah pada dia, sementara ini.

6. Muhyiddin

Ya, beliau juga perlu memastikan survival politiknya. Tapi kalau beliau betul jadi PM, cabarannya teramat besar kerana antara cabaran besarnya adalah perlu mengembalikan keharmonian masyarakat dan kepercayaan rakyat. Dua elemen subjektif yang amat sukar diberi kayu ukur.

7. Gempa Sabah

Kita masih dalam keadaan berjaga-jaga, gempa-gempa susulan kecil belum hilang sepenuhnya.

Malim Gunung dalam proses diserap masuk di bawah agensi kerajaan supaya mereka boleh dapat perks kerajaan juga.

Cuma doa kita, malim gunung di gunung-gunung lain juga dapat perkara sama, kerjaya mereka juga mencabar seperti Kinabalu.

8. Gabungan Harapan Baharu

Negara ini mengamalkan demokrasi, silakanlah berusaha, semoga yang terbaik akan menang.

9. DAP

Dalam perkahwinan yang sah, dah siap janji sehidup semati pun ada orang yang bercerai, inikan pula dalam satu perikatan kerjasama politik. Ya, mungkin sudah sampai masanya.

10. Hukum Hudud

Belum dibentang di Parlimen, dan tak siapa tahu bila ia akan dibentang.

Sehingga ia berlaku, tidak kita ketahui apakah nasibnya RUU ini.

Hukum hudud kejam? Mohon baca dahulu butirannya, boleh download di sini.

11. Islamic State (IS)

Tak kisahlah sama ada ia adalah propaganda Amerika atau benar wujud, yang penting ia memberi bahaya pasti kepada nama baik, kemandirian dan kelestarian agama Islam itu sendiri.

12. Haron Din Sokong Najib?

Beliau hanya bersikap adil. Sesuatu belum terbukti, jangan kita jatuhkan hukum.

13. Air Johor

Dah lama hujan tak turun, memanglah kering.

Doakanlah hujan lebat kembali.

14. Air Selangor

Doanya agar projek Langat 2 dapat memberi hasil yang diharapkan tepat pada jangkamasa yang ditetapkan.

15. (Bonus Track) Hassan Malek dan Ahmad Maslan

Amat sedih dengan beberapa kenyataan oleh mereka yang nampak seperti tidak peka keadaan sebenar rakyat.

Tapi jangan tak tahu, ada juga ‘kenyataan’ mereka yang diada-adakan menggunakan laman sesawang palsu peribadi dan kementerian mereka.

Di waktu terbukti kenyataan itu palsu, sudah tiada gunanya kerana orang ramai sudah percaya.

– – –

Semoga bermanfaat.

Ali Imran
Wartawan Awam

Nota: Artikel ini ditulis sempena Hari Raya, tapi butirannya boleh terpakai hinggalah ada fakta kes yang membuktikan sebaliknya.

ARTIKEL RAYA – Antara Angle Yang Boleh Ditulis

Seminggu lagi sebelum raya.

Saya seru semua yang berminat untuk menulis kepada akhbar atau blog,  mahupun dinding FB sendiri (majalah dah tak boleh, terlalu lewat) untuk fokuskan penulisan anda dalam konten seperti di bawah:

Cara baca: TEMA  – KONTEN
– – – –

1. RAYA – BUDAYA (boleh zoom in kepada budaya tradisi secara umum atau zoom in kepada budaya tempatan seperti negeri, kampung,keluarga)

2. RAYA – BELANJA (dah banyak orang tulis tentang persiapan hari raya, tilis tentang mengurus perbelanjaan selepas raya (TIPS: Penjawat Awam akan sesak wang lepas raya dek selang pemberian gaji hampir 60 hari)

3. RAYA – IBADAH (melawan persepsi raya yang banyak dikaitkan dengan perbuatan maksiat, bagaimana nak terbalikkan ia supaya menjadi ibadah)

4. RAYA – KESELAMATAN (daripada keselamatan rumah, jalan raya sampai keselamatan diri dan keluarga. TIPS – keselamatan anak-anak, ibu bapa banyak yang suka)

5. RAYA – TRIVIA (fakta-fakta menarik tentang hari raya seperti peristiwa besar yang berlaku sewaktu raya, bagaimana hari raya disambut di negara selain Malaysia)

6. RAYA – KEMANUSIAAN (di samping ramai yang gembira, ada yang berduka. Di dalam dan luar negara. Naikkan kisah mereka)

– – – – –

Saya kongsi setakat ini dahulu.

Jika ada yang nak tambah, silakan.

Tapi yang utama, saya harap ada yang ambil topik di atas dan tulis.

Saya nak kena mula fokus penulisan Hari Kemerdekaan.

Sekian.

Ali Imran
Wartawan Awam