[MBM] “Macam mana nak tulis sesuatu bagi produk nampak bagus?”

Mitos Media – Bisnes (MBM) – Siri Mini

Antara soalan yang amat biasa aku dapat –

“Macam mana nak tulis sesuatu bagi produk nampak bagus?”

Aku jawab, ada dua cara.

1. Kau tulis sendiri

Kau cerita yang betul tentang produk. Aku sebenarnya menyampah dengan usahawan suka overclaim tapi macam yang aku selalu kata, pilihan di tangan kau.

Ada yang kata, “produk aku ni biasa-biasa aja, tak tahu apa yang bagus aku nak tulis tentangnya”.

Golongan macam ini, ada dua kemungkinan jenis manusia.

Pertama, benda tu bagus tapi dia segan nak cakap. Al Maklumlah, orang Melayu kan, penuh adab sopan, tak mahu nampak riak di mata orang.

Kedua, orang yang memperbodoh dirinya sendiri. Kalau kau dah tahu produk tu tak bagus, yang kau nak jual buat apa?

Golongan pertama, boleh aku bantu dengan panduan berikut:

a. Buang rasa malu tak bertempat. Kau nak menjual barang, bukan jual diri
b. Empat sudut pandang untuk cari kebaikan produk kau – pilihlah mana yang kau suka atau nak guna semua pun boleh

i. Impak kepada pengguna
ii. Impak sosial
iii. Impak ekonomi
iv. Impak agama
v. Impak-ku-pak-kis (ok aku cuba buat lawak. baik kau gelak)

c. Kau tulis benda betul, jangan mislead pengguna
d. Kalau kau rasa dengan menulis benda betul buat produk kau nampak tak gempak, tak apa. Kau bukan tahu yang benda yang mungkin kau nampak tak gempak di mata kau, sebenarnya gempak di mata orang lain
e. Seperti Izwan Robotys biasa cakap – teruskan bereksperimen. Kalau ayat kau hari ini tak cukup cantik, esok kau eksperimen dengan ayat lain pula. Life is a never ending lessons!

2. Kau upah orang.

Ini senang – kau boleh cari penulis, kau minta dia yang fikirkan semua benda dalam item (1).

Kerja kau tinggal bayar wang sahaja.

Ok itu dahulu untuk sesi mini ini.

Ali Imran Basikal Oren
Founder
Wartawan Awam

Advertisement