Kewartawanan Bukanlah Hanya Tentang Politik

screenshot-79

Terjun ke bidang kewartawananan bukanlah sesuatu yang aku rancang. Sejak zaman universiti aku memang dambakan untuk bermain dalam industri perkapalan dan itulah yang aku buat sebelum takdir menjodohkan aku dengan kerjaya ini.

Umum berpendapat kerja wartawan ini hanyalah menulis – seolah kerjanya senang bangat deh. Orang cakap, kau kakak tuakan dan ulang.

Sehingga hari ini aku masih menerima sinisan orang ramai yang menganggap wartawan sebagai anjing sesetengah pihak. Kata mereka industri ini tidak telus. Banyak sembunyikan fakta sebenar.

Ada juga yang pantang dengar perkataan wartawan, benda pertama yang terlintas di fikiran mereka adalah “Boleh tak masukkan produk saya dalam akhbar?” Maka tidak hairanlah ramai juga wartawan yang malas nak hebahkan kerjaya mereka secara terbuka.

Dalam satu sesi soal jawab mudah dengan kira-kira 20 responden, aku tanyakan apa yang dimarahkan sangat tentang berita, tentang akhbar, tentang surat khabar dan tentang wartawan itu sendiri.

Rata-rata jawapan yang aku terima menyatakan – mereka bencikan berita politik yang dijaja pihak media.

Jawapan ini memang sudah dijangka, sebab tak payah nak tanya pada orang ramai – kami para wartawan pun ada yang dah naik jelek dengan permainan orang-orang mabuk kuasa ini.

Pun begitu, ada sesuatu yang kita semua harus tahu tentang dunia kewartawanan dan ini amat penting untuk memastikan persepsi terhadap kerjaya ini, seterusnya industri media secara seluruhnya mendapat tempat yang adil di mata masyarakat.

Perkara itu adalah: KEWARTAWANAN BUKANLAH TERTAKLUK KEPADA CERITA POLITIK SEMATA-MATA!

Mari kita ambil senaskah akhbar, kita buka helaiannya dari muka ke muka. Perasan tak yang ada pelbagai jenis berita selain politik, antaranya:

– Jenayah
– Alam Sektiar
– Agama
– Keluarga
– Bisnes
– Sukan
– Kerja masyarakat
– Seni
– Masalah setempat
– Pelancongan
– Budaya
– (tambah sendiri)

Ruang politik hanyalah satu daripada cabang-cabang di atas. Cuma malang sedikit, di negara ini berita politik lebih mendapat tempat di muka depan atau sari berita utama di tv dan radio, itu perkara di luar kawalan kita.

Jika kita menjatuhkan satu ‘blanket perception’ terhadap industri media dek kerana cerita-berita politikus tikus mius ini lalu memboikot media secara seluruhnya (seperti kempen oleh sesetengah pihak), sebenarnya ada banyak perkara lain yang akan kita ‘miss’ dalam masa yang sama.

Buat penulis sendiri, tiap kali bila ditanya tentang konten-konten di media yang berkonotasi negatif, apa yang boleh dikatakan hanyalah masih ada ramai wartawan di luar sana yang berusaha bersungguh-sungguh menyedia konten bertema positif buat pembaca.

Kami sedar perlu ada orang yang buat kerja ini. Kami sedar yang media memainkan peranan penting mengubati masyarakat yang semakin sakit ini.

Buat yang masih sakit hati tentang keberadaan berita-berita yang bikin sakit hati, apa yang boleh dibuat adalah – self filteration.

Nanti kita bincang topik ini dalam ruang yang lain.

Jumpa lagi, selamat memberita.
Ali Imran
Wartawan Awam

Kredit gambar: http://kendaripos.fajar.co.id/wp-content/uploads/2016/03/politik-@kompasiana-ilustrasi1-1.jpg

Advertisement

2 hari yang menyegarkan di #MA2016!

Dua hari yang buat aku ternganga!

Hadir ke #MA2016 membuatkan aku terasa dunia ini amat luas peluangnya bagi orang yang berusaha, bagi orang yang mencari jalan dan bagi orang yang tak henti percaya.

Semalam dalam sesi bersama Eric Kaduru, co-founder Social Enterprise dari benua Afrika iaitu KadAfrica Estate, beliau cerita pengalaman mambangun syarikat yang bikin untung tapi dalam masa sama menaik taraf kehidupan 2,000 wanita di benua itu melalui usaha tani.

Kebanyakan orang, bila sebut tentang social enterprise masih ingat ia seperti NGO, bererti ia tak sepatutnya buat untung dan lebih mengutamakan kerja sosial, dan soalan ini ditanya kepada Eric, beliau jawab dengan cara yang paling mudah.

“Bisnes adalah bisnes. Ia perlu untung. Tapi tidaklah sampai melebihkan pemilik syarikat, buat masa ini bukanlah sampai saya boleh pakai kereta mewah atau bercuti di luar negara. Tetapi syarikat mesti buat untung. Untung adalah penting kerana lebih banyak kita untung, lebih banyak kita boleh beri kembali kepada masyarakat,”

Hari ini, lima panel duduk dalam satu forum membincangkan tentang peranan pihak kerajaan membantu usahawan di Malaysia.

Jonathan Lee, Executive Director di MaGIC berkata, Malaysia adalah satu daripada negara yang amat memberi sokongan kuat kepada para usahawan. Ia selari dengan usaha-usaha di negara maju seperti U.S di bawah pimpinan Obama dan jiran kita, Singapura yang terus menjalankan program-program pembangunan usahawan.

Senior Vice President, Credit Guarantee Group, Mohammed Azman pula kata, sehingga hari ini masih ada RM 1.1 Billion yang yang belum terusik di bawah Greentech Financing Scheme. Woon Foo Wen, COE di Greentech Malaysia Alliance turut berkongsi bahawa potensi pasaran yang menanti industri hijau melangkau jauh di persada antarabangsa.

“Gelombang industri yang mesra alam sudah melanda dan akan memainkan peranan lebih besar dari masa ke masa kepada kita. Syarikat-syarikat besar kini akan bertanya ‘apakah proses bisnes anda mesra alam?’ sebelum jalinkan usahasama,” jelas Woon.

Itu yang berlaku semalam dan hari ini.

Esok? Aku pagi-pagi akan terpacak depan MaGIC untuk keynote dari Fadzaruddin Anuar, Founder dan CEO Fashion Valet. Topik beliau – Growing Through Mistakes.

Sabtu? Pagi hari Joe Flizzow dan Altimet akan cerita kisah perjalanan mereka daripada anak seni menjadi usahawan dan petangnya pula ada pesta kerjaya.

Sempat lagi nak beli tiket untuk sesi esok. Maklumat lanjut klik sini – http://academy.mymagic.my/ma2016/

Agak susah, walk in pun boleh – langsung aja ke bangunan MaGIC di Cyberjaya.


Ali Imran
Wartawan yang bakal run startup sendiri


All Set for #MA2016

screenshot-78Panggilan buat orang-orang BISNES, STARTUP dan SOCIAL ENTREPRENEUR!

(Dan pada yang mahu jadi tiga golongan di atas)

– – –

Secara umum, kita kenal Joe Flizzow sebagai artis irama rap – dan kita tahu bagaimana hari ini beliau juga seorang usahawan berjaya.

Tak lupa juga pada yang selalu shopping online, pasti pernah jenguk ke Fashionvalet, kalau ke KL Sentral, iklan mereka terpampang di skrin iklan utama berulang-ulang, Fadzarudin Anuar adalah co-founder-nya.

Yang suka cari jodoh di Tinder, Sriram Krishnan, Head of International Growth mereka akan hadir di Cyberjaya minggu hadapan.

Bincang tentang prospek meningkatkan taraf hidup masyarakat, anda pasti tak mahu lepaskan peluang mendengar sendiri kisah dari Eric Kaduru, Founder ‘Kad Africa’. Dengar sendiri bagaimana mereka meningkatkan taraf hidup para wanita di beberapa negara benua Afrika melalui usaha tani.

Selain itu, ada juga:

– Adriana Gascoigne (CEO & founder, Girls in tech)
– Tobias Gould (Founder & Partner, Jerry Bottle)
– Novita Jong (Senior Sales lead APAC, Twitter)
– Brian Wong (Founder, Kiip)
– Vishal Harnal (Venture Partner, 500 startups)

Tak perlu bayar tiket kapal terbang beribu RM untuk jumpa mereka ini, sebab semuanya akan hadiri di Cyberjaya pada 21 – 24 September bulan ini!

MaGIC Academy Symposium 2016 ( #MA2016 ) dianjurkan lagi tahun ini selepas kejayaan penganjurannya pada tahun 2015, dan ia akan jadi lebih baik kali ini – jangkaan 2,000 peserta meliputi startups, usahawan sosial dan turut menawarkan peluang-peluang pekerjaan!

Bergantung kepada minat masing-masing, anda boleh pilih menjadi peserta ‘Entreprenuership Track’ yang fokus kepada perkongsian para usahawan dari segi pengalaman, hemat, strategi dan taktik perniagaan.

Manakala buat peserta ‘Social Enterprise Track’ pula, ini peluang keemasan mempelajari secara dekat perjalanan keusahawanan yang bermain dengan tanggung jawab lebih besar iaitu untuk membangun masyarakat bersama bisnes yang diusahakan!

Ada juga ‘Startup Career Fair’ dengan penyertaan lebih 100 pempamer yang memberi anda peluang untuk terlibat langsung dalam dunia perniagaan sebutan ramai era ini!

Dapatkan maklumat lanjut di academy.mymagic.my/ma2016

Pembelian tiket boleh dibuat di https://peatix.com/sales/event/191076/tickets dan masukkan kod MA2016CATJIRA untuk diskaun, haha!

I will be there too, peluang beb, peluang!

Ali Imran
Wartawan Awam